TAJUK 6- MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERTAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
- Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai “hyperlink”.
- Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkanpengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan denganhanya menekan satu klik sahaja.
- Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapakpembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalambentuk powerpoint
- Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudahberbanding dalam bentuk yang lain.
- Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakaninteraksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web.Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
STRUKTUR HIERARKI
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atausub topik.
STRUKTUR KOMPOSIT
•Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
•Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
•Antara satu laman utama dengan laman utama mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain.
STRUKTUR LINEAR
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuahperisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.- Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidakmempunyai sebarang pautan.
- Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
STRUKTUR RANGKAIAN
Menyediakan pautan atau hubungan antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
- Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain.
- Dengan mengklik, sesuatu paparan itu akan diperoleh dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan.