Tajuk 3

Tajuk 3 ( Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet )

 

Konsep Etika Komputer
Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul. Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika

Masalah Moral dan Etika
  • penggertak
  • penyalahgunaan internet
  • virus
  • hak cipta
  • perisian cetak rompak
Penggertak ( cracker )
  • cracker adalah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan
  • cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan Internet
  • konsep " langit terbuka " yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya di kalangan remaja
Virus
  • Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian dan juga melumpuhkan komputer
Hakcipta Terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang - undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian Cetak Rompak
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
Prinsip Etika Komputer


Keseimbangan
  • kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
  • mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
Keizinan Termaklum
  • Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
  • Apabila mereka telah faham mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul
Keadilan
  • Manfaat dan keburukan teknologi makumat mesti diagih secara adil. mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menangggung risiko yang lebih
  • Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
Meminimumkan Risiko
  • teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya
Cara membuat Brosur menggunakan Microsoft Publisher


langkah pertama 

langkah kedua : setelah membuka MS Publisher, anda mestilah klik di ikon Brosur

langkah ketiga : anda boleh memilih jenis brosur yang sesuai mengikut  pilihan anda

langkah keempat : setelah memilih jenis brosur yang sesuai, anda sudah boleh memasukkan data seperti nama, tarikh, tajuk, dan sebagainya untuk menyiapkan brosur anda.


setelah memasukkan semua data yang diperlukan, akhirnya brosur itu sudah disiapkan. contohnya adalah seperti di bawah ;)